BENTUK BADAN MACAM BUAH PEAR? INI STRATEGI PILIH PAKAIAN YANG SESUAI UNTUK ANDA

 

 
BENTUK BADAN MACAM BUAH PEAR? INI STRATEGI PILIH PAKAIAN YANG SESUAI UNTUK ANDA
 
 
Masalah badan jenis PEAR adalah saiz yang ketara besar di bahagian bawah (pinggul dan peha) berbanding dengan bahagian atas badan (dada dan bahu) yang kecil. Kelebihan PEAR ialah pinggang yang ramping, dan bahagian atas (bahu, lengan, dada) yang sempurna. Untuk tampil lebih menarik, PEAR perlu mencari pakaian yang dapat menyeimbangkan bahagian atas dan bawah badan, menyembunyikan saiz sebenar bahagian yang bermasalah dan mengalihkan perhatian samada ke bahagian atas badan atau ke bahagian kaki yang sempurna.
 
 
 
APA STRATEGI MEMILIH PAKAIAN UNTUK PEAR???
 
 
 
1. Untuk keseimbangan pilih;
  • Baju / blouse longgar, potongan tangan baju besar, dan potongan leher luas supaya bahagian atas badan kelihatan lebih besar dan seimbang dengan bahagian bawah (pinggul / peha).
 
  • Kain / skirt / seluar yang kembang di bahagian bawah bagi mengimbangi kelebaran bahagian pinggul dan paha.
 
  • Rantai labuh ke dada atau shawl berjuntai ke bahagian dada untuk memberi ilusi badan lebih tinggi dan seimbang.
 
  • Kasut bertumit sederhana / tinggi (ikut keselesaan) untuk memberi ketinggian supaya seimbang dengan kelebaran badan
  • Shawl yang diikat beralun bagi menampakkan bahagian atas badan lebih lebar dan seimbang dengan kelebaran bahagian pinggul dan paha.
 
 
 
2. Untuk menyembunyikan saiz sebenar bahagian yang bermasalah, pilih;
 
  • Baju / blouse labuh melepasi pinggul untuk menyembunyikan saiz sebenar bahagian pinggul
 
  • Kain /skirt / seluar berwarna gelap kerana warna gelap menampakkan saiz lebih kecil.
 
  • Jaket labuh yang dapat menutup saiz sebenar bahagian pinggul
 
 
 
3. Untuk mengalih pandangan dari bahagian badan yang bermasalah dan menarik perhatian ke bahagian lain, pilih;
 
  • Baju / blouse yang bercorak, warna lebih terang dari kain /skirt /seluar untuk menarik perhatian dan mengalih pandangan ke bahagian atas badan
 
  • Tudung yang berwarna cerah bagi menarik perhatian ke bahagian atas badan
 
  • Tudung yang mempunyai hiasan seperti riben, ropol, dan kerongsang besar serta menggunakan lilitan yang beralun supaya menarik perhatian sekaligus mengalih pandangan ke bahagian atas badan
 
  • Kain / skirt / seluar yang mempunyai hiasan di bahaigan bawah bagi mengalih pandangan ke bahagian kaki.
  • Kain / skirt/ seluar yang berwarna lebih gelap dari baju dapat mengalih pandangan kepada baju di bahagian atas badan.
  • Jaket yang longgar dan berwarna kontra dengan warna baju dan seluar supaya menarik perhatian
 
 
 
ELAK PAKAI PAKAIAN YANG:
 
1. Baju/blouse ketat di bahagian pinggul
2. Baju / blouse pendek di atas pinggul
3. Baju / blouse jalur vertical
4. Baju /blouse warna lebih gelap dari kain /skirt / seluar
5. Hiasan yang berat di bahagian pinggul
6. Seluar slim fit
7. Kain tight-skirt
8. Tali pinggang besar
9. Kain / skirt / seluar warna terang / cerah

Contact Us!

Office : 09-5344668
Phone : 010-931 3407

Email: aznempirehq@gmail.com

Webiste: www.aznempire.com