Rahsia besar isteri saya terbongkar, sanggup dia lakukan perkara ini. Sedih saya dibuatnya, sungguh menyentuh perasaan saya

“Rahsia besar isteri saya terbongkar, sanggup dia lakukan perkara ini. Sedih saya dibuatnya, sungguh menyentuh perasaan saya”



Nama saya F, saya ada seorang isteri, isteri saya semasa muda2 dulu cantik, badan pun cantik. selepas dah 10 tahun berkahwin badan beliau sudah berisi boleh kata gemuk la. ramai yang cakap, gemuk nye bini ko sekarang ni. dulu cantik macam model. Dia pun dengar apa yang orang kata dirinya sudah gemuk tidak cantik seperti dulu. dia pun selalu tanya saya, gemuk sgt ke saya skrg ni. saya jawab boleh tahan la. Kini saya pun jarang keluar dengan dia semenjak die gemuk ni. Hehehe

 

nak dijadikan cerita pada satu malam,  beliau minta izin untuk kaluar rumah tapi keluar dengan anak perempuan saya yang sulung berumur 16 tahun. jadi saya izinkan mereka keluar. mereka keluar dalam jam 8 mlm. kemudian dalam 10 malam mereka pulang.

 

keesokan harinya, beliau minta izin lagi untuk keluar, saya izinkan juga. saya duduk di rumah dengan anak saya. isteri saya keluar dengan anak sulung perempuan saya lagi. saya izinkan lagi mereka keluar sebab keluar dengan anak saya kan.

 

seminggu berlarutan. mereka masih keluar tiap2 malam. tapi saya perasan isteri saya sudah semakin kurus, saya buat2 xtahu je.

 

dua minggu berlarutan , mereka masih keluar malam pada jam yang sama. saya terdengar perbualan anak dan isteri saya,



Anak saya : ibu , malam ini jadi ke project kita?
Isteri saya : jadi long, jap ibu nk pakai ini jap, along dah pakai ke?

 

anak saya : dah pakai ibu. semalam lain macam kan skill diorang buat. penat along nk ikut.
Isteri saya : haah long, penat ibu semlam, terus tidur lepas balik smlm. jom long, jangan bincang dekat sni nanti ayah dengar. 

 

lalu saya ke ruang tamu, isteri saya datang dekat saya dan minta izin untuk keluar lagi. sya izinkan lagi untuk keluar. saya mula ragu2, apa yang mereka lakukan setiap malam keluar, saya berniat untuk mengikuti mereka pada esok hari,. saya dapat bau sesuatu dari anak dan isteri saya. bau seperti polystyrene colgate. 

 

hari yang saya nantikan sudah tiba . isteri saya minx izin lagi untuk keluar. kali ini saya akan mengikuti mereka.  tapi kali ni anak saya cakap penat , so anak saya x ikut. selepas isteri sya bergerak meninggalkan rumah. saya call adik saya untuk jaga anak saya sementara saya keluar. bosan saya dekat sebulan xleh keluar rumah asyik jaga anak je. (baru saya rasa apa yang isteri saya rasa sebelum ini bila saya keluar lepak dekat luar). saya gunakan kereta kawan saya yang adik saya bawak agar isteri saya x perasan. 

 

Saya mengekori isteri saya dalam masa 20 minit dan isteri saya sampai ke destinasinya. Saya duduk je dalam kereta. Isteri saya keluar dari kereta dan masuk ke satu bilik. Saya nampak ada seorang lelaki menegurnya dan naik sekali ke atas. Ade board kat depan bangunan 2 tulis zumsli. Kelab ape ni? Saya sudah naik darah. Saya nampk dari luar nampk macam disko ade lampu warna warni 2. Patutla duit saya bagi tiap bulan asyik habis je datang sini rupanya. Dah laki yang naik skali dgn dia 2 gemuk, teruk betul taste bini saya ni. Baru saya ingat isteri saya tidak memandang rupa, sebab itu dia kawinn dengan saya.

 

Saya bertekad untuk naik ke atas juga. Saya terus naik tangga, dan saya intai dekat pintu. Saya nampak isteri saya berbual-bual dengan laki tersebut. Saya nampak isteri saya bukak baju sejuk dia dan ikut laki tersebut tersebut ke satu bilik. Saya terus ke pintu tersebut dan menendang dengan sekuat hati saya.

 

Saya dapati mereka sudah mula memanas badan untuk mula berzumba, agak malu saya dibuatnya. Pintu pun dah pecah, semua pandang saya. Saya rasa itu saat paling memalukan dalam hidup saya. Kemudian saya buat sesuatu untuk cover perkara yang memalukan 2, saya cakap suprise my dear,happy birthday my dear. Terbeliak bijik mata bini saya . hahahaha. Kemudian isteri saya datang dekat saya. Saya terus peluk dia, then dia cakap



isteri saya : abg lupa ke birthday saya bila?
Saya : awak diam je, saya tgh malu ni.
Isteri : ok , awak buat ape dekat sini
Saya : nk dtang berzumba jugak, sebab dah lama x bersenam

 

Orang ramai tepuk tangan dan ucapkan selamat hari lahir kepada isteri saya tanpa usul periksa. Alhamdulillah kurang sikit malu saya. Saya pun turut berzumba bersama dengan isteri saya dan ahli club yang lain. Penat betul saya ikut step yang mereka ajar. Banyak kali saya berenti sebab penat. Tapi isteri saya tetap teruskan walaupun nampak penatnya 2.

 

Saya duduk berehat sambil termenung, sanggup isteri lakukan perkara ini semata-mata ingin kembali kurus dan kembali cantik demi saya. Saya memang tidak nafikan isteri saya kembali kurus seperti masa mula-mula kawin dahulu. Saya bahagia dengan perubahannya skrg. Tapi apa rahsia isteri saya kembali kurus ye??

 

Selepas 10 minit selepas saya berehat, tamat sesi berzumba. Selepas berzumba, mereka  tanya isteri saya, ada bawk stok x? stok amende pulak, isteri saya ni dah jadi pengedar ke? Patutla cepat kurus. Nk repot polis , isteri saya. Jadi saya tengok je, kemudian mereka memberikan RM35 kepada isteri saya. Setahu saya rm35 adalah harga pil ****. saya tahu harga 2 sebab masa muda kawan2 saya selalu beli mnde 2.

 

Saya perati je, kemudian isteri saya mengeluarkan sesuatu dari begnya. Saya nampak macam produk. Ape lentik tah, xjelas sangat saya nampak. Selepas semua balik, kami masih lagi di kelab zumba 2. saya suruh isteri saya balik dulu, saya cakap nk pergi jumpa kawan dulu.

 

Saya ke kedai yang terhampir untuk minum dahulu dek kepenatan berzumba, bukan xnk ajak isteri minum skali, tapi sya nk mikir alasan saya pecahkan pintu dan ckap birthday dia pada malam ini. Tiba saya didatangi oleh seorang lelaki yang ketuai tarian zumba tadi. Kemudian dia tegur saya.

 

Dia cakap, bertuah saya dapat isteri saya 2. saya tanya kenapa? Then dia cakap , isteri saya seorang yang setia . sebelum ini ada seoarang ahli kelab zumba saya yang berminat dekat isteri encik, laki 2 kaya, berduit, dan dia ada ajak isteri awak pergi makan, belum sempat laki 2 perkenalkan diri isteri encik terus cakap dia dah kawain dan x berminat untuk kenal dengan dia. Terus isteri encik tinggalkan laki 2. selepas kejadian itu, lelaki tersebut xde dah datang kelab zumba kami.

 

Selepas saya dengar apa yang diceritakan oleh beliau, saya terus pulang ke rumah untuk bertemu dengan isteri saya. Sampai di rumah terus saya cari isteri saya. dan saya pelik, bukan apa sebab skrg ni barang dapur asyik ada je walaupun saya x beli. Saya tahu isteri saya yang beli, adakah lelaki kaya tersebut yang bagi duit untuk beli. Darah dah naik kt kepala, tapi saya cakap dengan tenang dan tanya dia, mana dapat duit untuk beli barang dapur?

 

Kemudian ajak masuk bilik, time penat2 n xde mood pulak dia ajak masuk bilik. Saya ikut jela. Kemudian dia bukaaaaaaaa kotak yang ada dalam bilik, dan tunjuk produk yang dia jual. Dia ckap duit yang saya bagi dia jimat2 dulu sebab nk jadi agent produk ni. Dia cakap dia nk tolong saya untuk tambah ekonomi keluarga, along pun tolong dia jual katanya untuk jual produk ini.

 

Terharu dan sedih saya mendengarnya. Dia kata lagi, dia akan lakukan apa sahaja untuk bantu saya suami yang beliau cintai sepenuh hati. Air mata saya mengalir bagai air hujan di musim tengkujuh, dia pun nangis sekali sebab tengok saya menangis.

 

itulah rahsia besar isteri saya kembali cantik terbongkar. Sanggup Beliau lakukan apa sahaja untuk membantu saya menambah pendapatan keluarga. Benar-benar terharu saya dibuatnya. Terima kasih isteriku. Kau yang pertama dan kau yang terakhir, sesungguhnya setebal-tebal lemak di tubuhmu dahulu, tebal lagi sayangku padamu. Chiaa chiaa chiaa. Rupa x penting, ayat 2 penting, sebab itu saya yang tidak berupa ini dapat isteri saya yang cantik.

 

Tamat………

 

Makan nasi lemak di kedai makan,

Nasi dimakan sambil minum air soya,

Kalau rasa nak share silakan.

Tidak perlu minta izin saya.

Contact Us!

Office : 09-5344668
Phone : 010-931 3407

Email: aznempirehq@gmail.com

Webiste: www.aznempire.com

Lawati Page Kami Di Facebook